Isnin, 19 Oktober 2009

FIKIRKAN YANG POSITIF DAN RASIONAL

Salam sayang buat semua pelawat Neutral blog . Blog ini merupakan blog atau platform penyatuan suara anak-anak sabah dari segala suku, kaum, keturunan, bangsa dan agama. Blog ini juga bersikap terbuka dan neutral. Tidak kira anda dari fahaman politik mana pun sama ada Pas, Umno, Keadilan, Bebas atau apa saja. Disini kita adalah Neutral.

Demi untuk memajukan negara kita Malaysia khasnya Sabah, marilah kita menyahut seruan kerajaan yang menwujudkan gagasan 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan. Gagasan 1 Malaysia merupakan hasrat murni kerajaan kita untuk menyatukan bangsa Malaysia tidak kira kaum, bangsa dan agama demi untuk kekuatan ekonomi dan sosial negara. Kita sebagai rakyat sepatutnya sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk memajukan negara Malaysia.

Sedarlah rakyat Malaysia semua. Negara kita cukup aman dan tenteram. Dapat lah kita menikmati apa yang kita usahakan selama ini. Sanggupkah kita hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, demonstrasi sana sini, pembunuhan, peperangan, pergaduhan, pertelingkahan, perang saudara dan sebagainya. Dan ini semua hanya kerana hasutan dan propaganda pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan hak kita semua sebaliknya kita di perbodohkan. Fikir-fikirlah, apabila kita tidak lagi bersatu sebagai rakyat Malaysia, akan ada pihak lain yang bergelak ketawa melihat kebodohan kita dan senanglah bagi mereka untuk menguasai Malaysia nanti.

salam sayang buat semua.