Isnin, 19 Oktober 2009

FIKIRKAN YANG POSITIF DAN RASIONAL

Salam sayang buat semua pelawat Neutral blog . Blog ini merupakan blog atau platform penyatuan suara anak-anak sabah dari segala suku, kaum, keturunan, bangsa dan agama. Blog ini juga bersikap terbuka dan neutral. Tidak kira anda dari fahaman politik mana pun sama ada Pas, Umno, Keadilan, Bebas atau apa saja. Disini kita adalah Neutral.

Demi untuk memajukan negara kita Malaysia khasnya Sabah, marilah kita menyahut seruan kerajaan yang menwujudkan gagasan 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan. Gagasan 1 Malaysia merupakan hasrat murni kerajaan kita untuk menyatukan bangsa Malaysia tidak kira kaum, bangsa dan agama demi untuk kekuatan ekonomi dan sosial negara. Kita sebagai rakyat sepatutnya sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk memajukan negara Malaysia.

Sedarlah rakyat Malaysia semua. Negara kita cukup aman dan tenteram. Dapat lah kita menikmati apa yang kita usahakan selama ini. Sanggupkah kita hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, demonstrasi sana sini, pembunuhan, peperangan, pergaduhan, pertelingkahan, perang saudara dan sebagainya. Dan ini semua hanya kerana hasutan dan propaganda pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan hak kita semua sebaliknya kita di perbodohkan. Fikir-fikirlah, apabila kita tidak lagi bersatu sebagai rakyat Malaysia, akan ada pihak lain yang bergelak ketawa melihat kebodohan kita dan senanglah bagi mereka untuk menguasai Malaysia nanti.

salam sayang buat semua.

6 ulasan:

  1. Hallo Lin,

    Mau jadi blogger politics? Wow kalau sedemikian, saya sokong anda.

    Cuma blog anda bersifat semi-sentrik. Bagaimana dengan sifat "Persekutuan"?

    I'm also Sabahan, Tawau, sekarang masih student lagi, final semester, Bandar Baru Bangi, Selangor. Bergelut dengan tesis yang masih belum siap-siap lagi.

    Oh ya, minta komenmu tentang artikelku. Kehausan komen. Biasa politik-sosial-ekonomi.

    Keep on blogging. Liberty wait on your fingers

    BalasPadam
  2. Lupa, aku letak alamat blogmu di dalam aku punya folder, nanti mana tau ada artikel baru dalam blogmu, boleh juga komen atau kritik...okay auf wiedersehen, haben sie einen schoenen tag frau Lin,

    BalasPadam
  3. Komenku,

    Kalau bersifat neutral dalam semua perkara tanpa bersandar kepada doktrin politik (Umno/BN-PAS-PKR-DAP, dan sebagainya) amat sukar dilaksanakan di Malaysia.

    Ia boleh dilaksanakan tetapi memerlukan perngorbanan yang besar dari sebelah pihak "umbi" yakni kaum Melayu khususnya dan Bumiputra khasnya. Pengorbanan yang dicitakan itu adakalanya menyentuh dasar-dasar Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

    Malaysia tidak sperti negara Thai yang mana masyarakatnya terdiri daripada satu bangsa yang sama. Malaysia, lebih kepada majmuk, untuk menjadi neutral perlu terlebih dahulu menjadi "Malaysia." Yakni tidak merujuk sesuatu masyarakat itu sebagai Melayu, Cina, India, Iban,Dusun, dan sebagainya, tetapi merujuk sebagai Malaysia.

    Gagasan yang dilontarkan oleh Y.A.B PM (yang berketurunan Bugis itu) amat simbolik dalam menyatupadukan kaum di Malaysia. Cuma slogan dan kosep 1Malaysia mirip kepada konsep "One Israel" yang digagaskan oleh Ehud Barrak, mantan PM Israel.

    Berdasarkan kontra, gagasan 1Malaysia adalah satu isyarat perpaduan di kalangan komponen-komponen parti kerajaan yang memerintah. Tetapi menggunakan perpaduan rakyat bukannya perpaduan politik. Di Malaysia, kita mengamalkan politik berdasarkan kaum. Setiap kaum ada parti politiknya. Tidak seperti di Amerika di mana sistem politiknya lebih kepada sistem dua parti. Walau bagaimana pun demokrasi tidaklah sesempurna mana tetapi lebih baik daripada komunis mahupun fasis.

    Secara asas, negara memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun untuk mendidik rakyatnya. Selepas 20 tahun akan datang, kebarangkalian semua kaum di Malaysia akan bersifat nuetral terutamanya dalam mengukuh perpaduan. Maka selepas itu 1Malaysia akan tercapai tetapi belum tentu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

    Selagi wujud stratifikasi sosial di dalam piramid kasta atau kelas selagi itulah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan tidak akan tercapai.

    Penguasaan ekonomi di antara ketiga-tiga kaum (yang tidak sekata) terbesar di Malaysia sekarang ini jelas menunjukkan bahawa untuk mencapai rakyat didahulukan pencapaian diutamakan adalah cerminan kepada bakal gagalnya rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kegagalan DEB adalah contoh klasik yang baik buat Malaysia.

    Keteguhan dan kekuatan ekonomi dan sosial amat penting. Kemudian ia akan membentuk keteguhan dan kekuatan entiti politik.

    Selagi semua kaum di Malaysia tidak sekata dari segi dominasi ekonomi selagi itulah kewujudan kesatuan atau "bersatu" tidak akan dicapai. Jika tidak atau gagal dicapai maka impian untuk mencapai "neutral" bakal malap.

    Mungkin ia boleh diselesaikan melalui penyelesaian ajaran agama.

    Karen Armstrong - "Agama penyembuh masalah dunia"

    Ada masa aku komen kamu punya gerai Tom Yam yang diusahakan oleh "Tom" dan "Jerry" yang selalu sengketa kerana faktor "Supply" dan "Demand" yang tidak mencapai "equilibrium" akibat kurang produktiviti, kesan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin HAK DAN KEISTIMEWAAN sehingga kita Malas dan tidak bersifat ekonomik.

    "Mengkritik tidak semestinya anti. Dan berbeza pendapat dan pandangan adalah teman berfikir yang baik"

    Mahu menjadi teman berfikirku?

    Bye,,,keep on bloging. Liberty waits on your fingers...Egalite, Fratenite, Libertie

    BalasPadam
  4. Komenku

    Pemilikan gerai tom yam boleh dimiliki sesiapa sahaja sama ada sang pemilik itu Malaysia atau bukan-Malaysia asalkan cenderung kepada pemangkinan produktiviti dan ekonomi.

    Kaedah pemilikan yang digunapakai oleh pemilik gerai tom yam yang bukan-Malaysia barangkali membelakangi undang-undang dan peraturan negara ini.

    Jika ini berlaku dan menjadi isu yang sering dipolemikkan oleh pihak "kilang buih mulut," maka permasalahan ini harus diserahkan kepada kerajaan. Kerajaan merupakan pihak yang berkuasa di dalam hal ini. Rakyat hanya berkuasa pada pilihan raya. (Persoalan ini ada kaitan dengan cukai) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa tertekan untuk menaikkan hasil jumlah perolehan cukai. Tekanan diberikan oleh pihak berkuasa kerajan negeri. Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, sesiapa yang memiliki daya ekonomik dan kuasa beli yang tinggi, maka dia akan menjadi pilihan utama di dalam aktiviti ekonomi.

    Tom Yam bukanlah makanan asal negara ini. Ia dibawa oleh masyarakat Thai ke negara ini. Rakyat Malaysia ada juga yang berketurunan Thai (seprti di negeri Perlis).

    Kenapa rakyat Malaysia gemar tom yam? Kenapa rata-rata rakyat Malaysia gemar menjamu tom yam di gerai milik orang bukan-Malaysia? Kenapa pemilik gerai tom yam Thai dan Indonesia yang menguasai pasaran tom yam negara ini?

    Adakah tom yam mereka menepati cita rasa selera rakyat Malaysia? Adakah tom yam mereka terlebih monosodium glutamate (MSG), bahan kimia yang boleh memudaratkan sistem badan? Adakah disebabkan kerana "kepakaran" dalam dunia tom yam yang tidak dapat ditandingi oleh rakyat Malaysia? Jika sedemikian bagaimana pula orang Indonesia boleh "turut pakar" dalam dunia tom yam?

    Kita ingin menguasai pasaran tom yam di negara ini perlu main psikologi sebagaimana pencatut saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Dalam masa yang sama pengusaha gerai tom yam tempatan perlu mempelajari dan memahami apa itu tom yam di samping mengkaji selidik cita rasa selera rakyat tempatan. Jujur, Bersih, Cekap, dan Amanah sekiranya diterapkan di dalam perusahaan tom yam oleh pengusaha gerai tom yam tempatan, bukan sahaja 80% pasaran boleh dicapai tetapi 110%.

    Di Amerika Syarikat, 70% penggerak ekonominya adalah rakyat pendatang dari Mexico dan Asia (rujuk laporan kajiselidik sosial yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)). Rakyat Amerika tidak juga "kebulur" ekonomi seperti rakyat Malaysia. Hampir 50% ekonomi Malaysia dipegang oleh pelabur asing melalui (FDI, FTA, dan sebagainya)ini tidak termasuk kaum pendatang.

    Gerai tom yam yang diusahakan oleh bukan rakyat tempatan, tahap kebersihannya boleh dipertikai, tetapi 2 x 5 dengan gerai pemilik tempatan, Melayu terutamanya.

    Bagi saya kebersihan ada dua bentuk: kebersihan fizikal dan klinikal. Kedua-duanya penting didalam penjagaan kesihatan. Contoh kebersihan fizikal yang tidak memuaskan ialah; pinggan kotor. Contoh kebersihan klinikal yang tidak memuaskan ialah; tom yam terlebih bubuh monosoduim glutamate, terlebih bubuh garam dan sodium (kita disaran mengambil garam dan sodium kurang daripada 2200mg perhari, untuk mengelak penyakit hipertensi atau darah tinggi atau tinggi darah. Jika tekanan darah Lin lebih daripada 180 jumpa doktor segera!)

    Saya tidak suka tom yam tetapi saya tahu wujud isu tom yam di negara ini. Saya jarang makan di gerai mahupun restoran sama ada ia dimiliki oleh rakyat Malaysia atau bukan rakyat Malaysia. Apa yang perlu ialah saya belajar masak. (So I can fight cooking with my future wife)What happens if my future wife got pregnant? I have to cook for her. What kind of cooks? Healthy food. Have you read acta pediatrica?

    Saya amat berharap rakyat Malaysia dapat mengusai ekonomi dan aktiviti-aktivi ekonomi di negara ini lebih daripada 70%.

    hey wish me luck for my research final presentation next week.

    TQ

    Auf wiedersehen frau Lin Haben Sie einen schoenen tag. Bis morgen

    BalasPadam
  5. terlupa....

    Lin, may be you wrongly type the "TV"of "TB"; Tuberculosis Bassilicus Spectrum B, stands for TB not "TV"

    BalasPadam
  6. Hallo Lin

    Selamat sejahterah

    Saya tidak tahu sama ada kamu Muslim atau non-Muslim. Dan jika kamu Muslim seperti saya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Eid Ill Adha. Semoga Eid tahun ini membawa rahmat dan berkat buat kita semua. Amin...

    Wassalam

    Sam the Great

    BalasPadam